SMK TAJAR

Tuesday, 27 August 2019

GOTONG ROYONG PERDANA SIRI 3

21 OGOS 2019 (RABU)
.




Gotong Royong mempersiapkan pemasangan slad di sekitar kawasan surau dan laman angkat
.
Terima kasih kepada YDP PIBG, Cikgu Ishraqi SU PIBG, semua guru dan waris serta para pelajar tingkatan 4A, 4B dan beberapa pelajar tingkatan lain
.
Terima kasih dan tahniah!!!

#merdeka
#ceria

PELANCARAN PROGRAM SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2019



Pelancaran SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2019 oleh YB IR DATO HJ PHAHROLRAZI (ADUN Alor Mengkudu)
.
Tarikh : 21 OGOS 2019

Program anjuran bersama :
SK DARUL HIKMAH, SMK TAJAR & KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA DUN ALOR MENGKUDU

#sayangiMalaysiaku
#kibarjalurgemilangdenganbetul



Tuesday, 23 July 2019

Majlis Pertukaran Cikgu Najah binti Sulaiman








[admin]
°
Jamuan ringkas sempena pertukaran Cikgu Najah binti Sulaiman ke SMK St Michael
.
Kami warga SMK TAJAR mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bakti dan ilmu yang dicurahkan kepada pelajar di SMK TAJAR. Kami warga SMK TAJAR memohon kemaafan jika ada tersalah tutur kata, terkhilaf dalam kelakuan dan tersilap dalam tindakan
.
Kami warga SMK TAJAR Mendoakan moga Cikgu Najah diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah akan segala urusan cikgu Najah
.
Terima Kasih Cikgu & Selamat Maju Jaya

#CikguNajah

Friday, 19 July 2019

LAWATAN LEMBAGA PENGAWAS SMK TAJAR KE PULAU PINANG 19.07.19








[admin]
°
19hb Julai 2019, Lembaga Pengawas SMK TAJAR telah Mengadakan lawatan ke Pulau Pinang (USM & Bukit Bendera). Tujuan Lawatan ini :

1. Mengeratkan silaturrahim antara Pengawas dengan pengawas, pengawas dengan guru-guru penasihat
2. Memupuk semangat berpasukan dikalangan Pengawas
3. Sebagai menghargai jasa-jasa Pengawas yang membantu guru dan sekolah
4. Memberikan pendedahan dan ilmu-ilmu luar bilik darjah

#

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=351434422203110&id=289185151761371