SMK TAJAR

Sunday, 8 January 2017

FOKUS SEKOLAH TAHUN 2017

                        


                        A.      PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.  Menambahbaik prestasi guru-guru dan staf berteraskan inovasi dan kreativiti dengan peratus guru dan staf cemerlang melebihi 85 % ke atas.
2.       Memantapkan integriti melalui kesedaran dan latihan berkaitan tatatertib penjawat
awam dengan berkurangnya bilangan kes tatatertib dan aduan terhadap guru dan staf sekolah.


B.      UNIT KURIKULUM

1.        PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya bagi Tingkatan 2 hingga 5 
2.        Mengecilkan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 5.39 dan meningkatkan peratus mencapai tahap minimum semua mata pelajaran kepada 42.00 bagi peperiksaan SPM serta meningkatkan peratus layak sijil  kepada 85 %
3.        Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula tingkatan 1 2017 dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran
4.        Mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran semasa melaksanakan pembelajaran melalui Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (pelibatan, penerokaan,penerangan, pengembangan an penilaian)
5.        Mengaplikasikan KBAR- Mengingat semula maklummat dan boleh menjelaskan idea dan konsep

  C.      UNIT HAL EHWAL MURID

1.       Pengurusan HEM yang cekap , tepat dan akses pantas.
2.       Komited ke arah kebajikan , keperluan dan keselamatan murid
3.       Meningkatkan kesedaran murid terhadap disiplin, akhlak dan penampilan diri
4.       Mewujudkan rangkaian strategik yang efektif di antara guru, ibu bapa dan komuniti


  D.      UNIT KOKURIKULUM

1.       Memantapkan pelaksanaan semua aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
2.       Meningkatkan peratus penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.
3.       Memastikan Dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan secara berkesan.

No comments:

Post a Comment