AWAL BICARA
Kalau bukan kita, siapa lagi.
Kalau bukan di TAJAR , di mana lagi.
Kalau bukan tahun 2017 ini, bila lagi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhK37mgYNFkEeH9JpS2LFf3XY9wybH0O4eMEhikYY8xM0YVCfexAdmtT9ePZCQmLsDa1fodqmMggZ3N0aYz8NlKrgiOGl7Q-vUEcuQoWyBpNpHA9O4az_sjmnait8uIDWcZyHBl55y7GjUQ/s200/IMG_20170108_152809.jpg)
Insha
Allah kejayaan demi kejayaan semakin menghampiri, setiap kesungguhan pasti
memberi bekas, kita tidak akan jatuh selagi kita tidak berhenti mengayuh.
Cabaran memang tidak akan kunjung padam justru ianya menjadikan kehadiran kita
kekal relevan malah lebih bermakna. Jangan mudah mengalah dan tidak pula cepat
berpuashati. Berputus asa jangan sekali. Ayuh kita kekalkan kayuhan
sehingga memperoleh rentak yang bakal
menjadikan kita mempunyai daya tahan dan daya saing yang mantap.
Akhirnya
tahun 2017 menjelang tiba. Gelombang pertama PPPM sudah berlalu, kini masuk
gelombang ke dua ,jangan lupa kita juga telah bersepakat untuk menjadi ternama
dalam semua bidang pendidikan menjelang tahun keramat 2017. Ikrar ini terungkap
jelas dalam Visi SMK Tajar yang kita
dokong bersama.
Kita
perlu menyedari bahawa melakukan transformasi atau lebih tepat hijrah
dalam sikap dan amalan kepada yang lebih baik dan berkesan adalah suatu
keperluan yang mesti dilaksanakan untuk memperoleh keberhasilan yang lebih
membanggakan. Hijrah memerlukan pengorbanan yang walau sedikit tetapi istiqamah
atau tekal.
Ayuh
sama-sama kita beri fokus kepada perubahan amalan pengajaran dalam bilik darjah
supaya pengajaran kita boleh menggamit pelajar hadir ke sekolah dan
pembelajaran yang berkesan serta bermakna benar-benar berlaku. Usahakan sedikit
kelainan atau perbezaan pendekatan yang menjurus kepada berpusatkan
pelajar.
Bulatkan tekad
agar kita bukan sekadar bekerja sebagai guru sebaliknya menjadi guru
yang mempunyai roh murabbi. Sesungguhnya menjadi murabbi tidak memilih untuk
menjadi kaya tetapi memilih untuk memartabatkan integriti dan berjinak-jinak
dengan sesuatu yang makruf. Lima aspirasi sistem pendidikan (akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan, kecekapan) serta enam aspirasi murid (pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika kerohanian,
identiti nasional) perlu sentiasa menjadi kompas halatuju.
Akhir
kata, marilah kita sederap meneruskan perjuangan yang belum selesai ini dengan ikhlas dan
berlandaskan prinsip kerja Islam UMI iaitu Ubudiyah, Mas’uliah dan Itqan.
Mudah-mudahan kerja buat kita diterima sebagai ibadah dan hasrat utama untuk lebih
memanusiakan pelajar SMK Tajar akan dipermudah serta lebih berkesan.
Sekian, terima kasih.
(CHE ROKIAH BT MD.
ISA )
Pengetua,
SMK Tajar . 01 Januari 2017
No comments:
Post a Comment