Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar ditubuhkan pada
tahun 1974 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendang, Pendang Kedah. Sekolah ini bermula dengan hanya 3 buah kelas
iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Pengetua pertama ialah Tuan Sayed Abu bakar
barakbah dengan dibantu oleh lima orang guru. Jumlah murid pada ketika itu
seramai 122 orang. Setelah menumpang di SK Pendang selama dua tahun (1974 – 1975) , SMK Tajar menumpang pula di
SRJK© Xing Chong, Pendang pada tahun 1976. Seterusnya SMK Tajar menumpang di
SRJK© Yin Cheng sehingga tahun 1977. Bangunan SMK Tajar
mula dibina pada tahun 1978, sementara menunggu bangunan sekolah siap, SMK
Tajar dipindahkan dan menumpang pula di SK Titi Haji Idris dalam dua sesi. Pada
tahun 1978, murid tingkatan lima buat pertama kalinya mengambil peperiksaan
SPM. Pada tarikh keramat , tanggal 29 April 1981, SMK Tajar dapat beroperasi di
bangunan sendiri bertempat di KM 7, Jalan Datuk Kumbar, Alor Star , Kedah. Pada
masa itu hanya terdapat dua blok bangunan sekolah.
Keperluan kepada kemudahan semakin ketara apabila jumlah pelajar sekolah
ini meningkat dengan pesatnya dari tahun ke tahun. Justeru itu pada tahun 1985, sekolah ini mendapat sebuah
lagi blok bangunan baru tiga tingkat. Pada tahun 2002 , sebuah makmal komputer
yang lengkap telah dibina dan dirasmikan oleh Dato’ Sri syed Razak b. Syed
Zain, Menteri Besar Kedah pada ketika itu. Pada tahun 2009 sebuah
bengkel MPV telah dibina bagi membolehkan pelajar SMK Tajar meneruskan
pengajian tingkatan 4 dan 5 dalam
jurusan Vokasional . Kursus Vokasional yang ditawarkan ialah Menservis
Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara(MPPU). Pada tahun 2009 sekolah
telah diarahkan untuk membuka Kelas
Pendidikan Khas . Satu kelas telah
dibuka dengan murid seramai 4 orang dan 2 orang guru dan seorang Pembantu
Pengurusan Murid.
Untuk kemudahan sukan dan olahraga, sekolah ini juga turut dilengkapi dengan padang dan gelanggang permainan seperti padang bola, bola jaring, gelanggang petanque dan gelanggang sepak takraw. Di samping itu, kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains, pusat sumber sekolah, kantin, koperasi, bilik tayangan, Kamar Wawasan, bengkel KHB, Bengkel MPV, bilik-bilik khas dan sebagainya. Prasarana yang lengkap ini menjanjikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada warga sekolah seterusnya mampu melonjakkan prestasi kurikulum dan kokurikulum ke arah kecemerlangan. SMK Tajar berasa bangga kerana berjaya memenangi pelbagai anugerah di peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Senarai pengetua-pengetua yang pernah menyumbang bakti dan berkhidmat di SMK Tajar dari tahun 1974 sehingga kini adalah seperti jadual di bawah :-

Jadual 1 : Senarai Nama
Pengetua SMK Tajar
Bil
|
Nama Pengetua
|
Tahun
|
1
|
TUAN SAYED ABU BAKAR
BARAKBAH
|
01.01.1974 – 30.12.1974
|
2
|
CHARLES ALEXANDER
WESTWOOD
|
01.01.1975 – 13.06.1976
|
3
|
TUAN ALI BIN BAKAR
|
14.06.1976 – 14.01.1979
|
4
|
TUAN JAMAL DIN BIN
NAJAR DIN
|
15.01.1979 – 24.12.1979
|
5
|
TUAN KU YAHYA BIN KU
ABDULLAH
|
01.01.1980 –
01.01.1983
|
6
|
TUAN YAZAN BIN HAJI
AHMAD
|
01.02.1983 – 16.05.1986
|
7
|
TUAN ZAINOL ABIDIN
BIN ISMAIL
|
15.06.1986 –
17.07.1992
|
8
|
TUAN ISMAIL BIN HAJI
DIN
|
01.09.1992 –
01.08.1993
|
9
|
TUAN ZAINOL ABIDIN
BIN MAHMUD
|
16.08.1993 – 20.03.2000
|
10
|
TUAN ZAINOL ABIDIN
BIN HUSSIN
|
20.03.2000 – 08.02.2003
|
11
|
TUAN MADZI BIN SAAD
|
16.09.2003 – 01.01.2005
|
12
|
TUAN SAIDIN BIN
BAKAR
|
01.01.2005 – 01.06.2007
|
13
|
PUAN AZIZAH BINTI
NASAN
|
01.06.2007 – 16.11.2008
|
14
|
PUAN SITI NORLIAH
BINTI OTHMAN
|
16.11.2008 – 05.07.2011
|
15
|
TUAN SANAPI BIN MAT
ARIS
|
16.07.2011 – 02.04.2016
|
16
|
PUAN CHE ROKIAH BINTI
MD ISA
|
03.04.2016 - kini
|
No comments:
Post a Comment